Tuesday 18 June 2013

sayang tinggi-tingi :)



Selawat dan salam buat penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w, kerana atas telah berusaha sedaya upaya untuk membawa kita semua ke jalan yang diredhaiNYA. Sallallahu alayhi wa sallam..


Ditanyakan kepada saya, apa makna sayang kerana Allah, lalu saya terdiam, dan lama berfikir...
"Kita sayangkan sahabat kita kerana Allah ini apabila kita sudah mengenali Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi di samping itu, azabNYA juga pedih, lebih pedih apabila kita berada di dunia ini
Mengenali Allah ini bukanlah dengan hanya membaca al-Quran, dan membanyakkan zikir serta bersolat sunat dan berpuasa sunat, tetapi memahami mengapa kita perlukan Allah di dalam hidup kita.

' so sayang kerana Allah 2 cne wei'
Tersenyum... err..'camane ea nk jelaskn..'

k,cmny..'Maksud sayang kerana Allah itu seperti kita menerima sesuatu hadiah yang sangat kita idam-idamkan, dan diberi oleh ayah kita. Maka, sudah tentulah kita sayangkan hadiah itu, ditambah lagi ayah yang sedia kita sayang yang berikan kepada kita.

Jadi, apabila kita sudah kenal Allah, dan Allah memberikan sesuatu yang benar kita perlukan, bukankah kita sayangkan hadiah itu kerana Allah yang beri? Dan bukankah sepatutnya kita akan lebih beramal untuk lebih kuat mencari keredhaanNYA? Sama juga dengan analogi hadiah dan ayah di atas, selepas menerima hadiah itu, pastilah kita akan cuba untuk mencari jalan menyenangkan hati ayah kita, kan?

"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

saya dan dia dan dia !!

~bila tengok dia ,mesti saya ingat Allah ~~

# iman yang lemah ini bertambah bile ade dia.... xD

Monday 6 May 2013

Kekasih yang dirindui

Sebentar tadi khusyuk saya membaca tentang  Amirul Jihad kita ,Rasulullah s.a.w.Jadi,Ingin saya kongsikan sedikit cerita tentang keperibadian suci rasulullah ketika nafas akhirnya,. yang benar-benar menyentuh hati insan lemah ini...
Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua dan berselimutkan kain kasar,ketika itu lah baginda menyebut, "rafiqil a'la,rafiqil a'la - teman daerah tinggi (Allah!!),teman daerah tinggi!"

Dalam kamus kehidupan para muqarabin,tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta.Ya , begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah ~cinta hakiki dan sejatinya.itulah teman daerah tinggi yang sangat dirinduinya.Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya 2x ganda berbanding yang dialami manusia biasa.Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat , masih sempat baginda berpesan tentang solat .Untuk siapa??Siapa lagi kalau bukan untuk kita..Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba.Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa!!

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa,Rasulullah s.a.w tetap bahagia..Bahagia inilah yang digambarkan pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya :
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami Rasulullah s.a.w .Saya cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini.Mudah-mudahan kita dapat hayati..
~ Ana abdullahi walan yudhi'ani~
'Aku hamba Allah,Dia tidak akan mengecewakanku!'

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(katakanlah (muhammad) "jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengmpuni dosa-dosamu. "Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.) - (surah Ali-Imran:31)
 


Thursday 2 May 2013

Gambatte Kundasai!Henshin :)


Doakan saya dapat kejayaan dunia dan akhirat :)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah : Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ˜kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan" Riwayat Muslim.

U-Turn

               Hidup tak selalu indah,langit tak selalu cerah,
malam suram tak berbintang,
itulah lukisan alam..
begitu aturan Tuhan
Assalammualaikum...
Waaa...sudah lama tak berblogging.Rindu nak berkongsi,menyebarkan sayap dakwah dan mengasah fikiran bagi membuka mata-mata sahabat yang masih terlena,ada yang terjaga tapi tak sedar....


bila sukar hitung kesyukuran,bila senang awas kealpaan.

Banyak yang kita boleh belajar dari kehidupan.terlalu banyak.Ingin saya kongsikan cerita tentang perjalanan diri ini yang penuh kekurangan .Saya still ingat waktu tu..wktu dimana hati seperti dirobek2,airmata tak henti2 turun,kecewa ,sedih dan penyesalan berganti2...result spm yang keluar memang benar2 menguji diri..and i still remember kata-kata orang yang tersayang2..
my mom,brother and sisters really motivates me . saya ingat apa yang diorang cakap , "allah bagi kita sikit-sikit , kalau dia bg skali sederap , takut kita takbur ."
"hati kena redha , kalau tak hilang keberkatan untuk rezeki yg seterusnya""nabi syg umatnya yang redha dgn ujian Allah dan berusaha tanpa mengaku kalah "
"bila kita dah dpt degree , takdenya org tanya spm dpt brpe . bila dh dpt master , takdenya orang tnya psl degree , dan bila dah dpt phd , takdenya org tnya psl master "
tapi...
ada satu...yang betul2 motivates saya.
" Mana silap fiqa.Maybe Allah nak bagi sesuatu sebab tu Allah bagi ujian.Syukur,syukur..jangan lupa bersyukur"
~Kita merancang, Allah jue merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang

Then,saya teruskan pengajian di matriks...and my life in matriks betul2 open my eyes,kenapa saya perlu bersyukur....alhamdulillah.banyak perkara yang saya rasa saya tak mampu tapi saya mampu hadapi dan ada yang saya rasa saya tak pernah mungkin lalui,tapi saya dah pun lalui.. ujian dulu betul2 mengubah.Di matriks la saya banyak mentarbiah diri dan dapat banyak ilmu tentang kefahaman islam..Saya dapat sahabat2 yang baik dn comel2 yang sentiasa bantu dan bersaing dalam study ( serious talk~ macam2 jenis jadual belajar kitowang try =D )..Alhamdulillah,kesibukan di matriks dengan study nye n dengan meetingnye sebenarnya banyak menjaga saya dari melakukan perkara yang tak berfaedah.Saya ada keluarga jugak kat sana .Saya ada sahabat-sahabat yang turut sama ingin menaikkan panji-panji islam.Saya ada organisasi masjid yang Ohsem!! Saya dapat kenal pensyarah-pensyarah yang sangat dikagumi.Last but not least,geng usrah yang memang terbaik...Perkenalan, pertemuan dengan mereka ini benar-benar mengajar saya erti syukur. Perancangan Allah sangat rapi...Allah sangat sweet sahabat.Halusi takdir kehidupan diri kita
Dan sekarang saya dah habis matriks dah pun..  Haha..berbahagia di rumah...

Jawatankuasa Dakwah yang tomey dan Ohsemsss

Sahabat yang suka makan makanan rohani =P
  

 Circle Of Love

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih” (Surah Ibrahim:7)

Syukur dear,syukur..kita selalu lupa nak bersyukur..
Bersangka baik lah dengan Allah =)