Tuesday 18 June 2013

sayang tinggi-tingi :)



Selawat dan salam buat penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w, kerana atas telah berusaha sedaya upaya untuk membawa kita semua ke jalan yang diredhaiNYA. Sallallahu alayhi wa sallam..


Ditanyakan kepada saya, apa makna sayang kerana Allah, lalu saya terdiam, dan lama berfikir...
"Kita sayangkan sahabat kita kerana Allah ini apabila kita sudah mengenali Allah. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi di samping itu, azabNYA juga pedih, lebih pedih apabila kita berada di dunia ini
Mengenali Allah ini bukanlah dengan hanya membaca al-Quran, dan membanyakkan zikir serta bersolat sunat dan berpuasa sunat, tetapi memahami mengapa kita perlukan Allah di dalam hidup kita.

' so sayang kerana Allah 2 cne wei'
Tersenyum... err..'camane ea nk jelaskn..'

k,cmny..'Maksud sayang kerana Allah itu seperti kita menerima sesuatu hadiah yang sangat kita idam-idamkan, dan diberi oleh ayah kita. Maka, sudah tentulah kita sayangkan hadiah itu, ditambah lagi ayah yang sedia kita sayang yang berikan kepada kita.

Jadi, apabila kita sudah kenal Allah, dan Allah memberikan sesuatu yang benar kita perlukan, bukankah kita sayangkan hadiah itu kerana Allah yang beri? Dan bukankah sepatutnya kita akan lebih beramal untuk lebih kuat mencari keredhaanNYA? Sama juga dengan analogi hadiah dan ayah di atas, selepas menerima hadiah itu, pastilah kita akan cuba untuk mencari jalan menyenangkan hati ayah kita, kan?

"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

saya dan dia dan dia !!

~bila tengok dia ,mesti saya ingat Allah ~~

# iman yang lemah ini bertambah bile ade dia.... xD