Wednesday 2 May 2012

Beauty Tips for My Sisters in Islam



Advices from a sister, to my sisters in Islam. I'm sure that there are more tips that you know or you can find.. but this is really just a reminder to all of us, Muslimah :) So, inshaAllah, let's stay away from MAKE-UP, cos we shouldn't MADE UP a.k.a. cheat a.k.a. lie, in order to look good to others' sight. It's your inner beauty which is the most important, sisters...

=) sikit-sikit lame-lame jadi bukit .hee

Tuesday 17 April 2012

Reflection ~

 Dari Syaddad bin Aus, Nabi s.a.w. bersabda:
"Orang yang cerdik (berakal) ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan Allah atasnya, yakni mengharapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal soleh"
-riwayat Tirmidzi, hadis hasan-
~istighfar n check diri kite sme2 blik keyh. =) dunia hanyalah sementara.....

Friday 13 April 2012

the chumils =D

Alya,Afiq n Iffah...
     jangan nakal-nakal.auntie dah rindu dah ny ...<3

 
mastercheff junior yg chute (>_<)
haha.. tak leh blah la anak buah auntie nih.. =) 
iffah yg chubby (0o)
hee,macam2..may all of u become anak yang soleh n solehah keyh. hurm, talking about anak yang solehah,it reminds me about sumtng.tau tak betapa besarnya pahala menjadi anak yang solehah!
Dalam sebuah hadis diceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah) ..subhanallah,betapa Rasulullah meninggikan darjat ibu dan bapa kita.. so always be a gud son n daughter start from today!
Ingatlah,
“Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)
Insyallah,marilah kita semua berusaha untuk menjadi anak yang solehah kerana itu harta paling berharga bagi ibu dan bapa ~ <3
seeking n trying 0o ~peringatan buat saya dan kamu

Thursday 5 April 2012

Alhamdulillah

“ jika sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah nikmat untukmu. Dan jika kamu kufur (atas nama-Ku), ingatlah azab dari-Ku amat pedih.”

Hee..menu hariny,ikan bawal masak sweet sour special untuk mommy n angah =)
Friends , nikmat yang terdekat pada diri kita ialah mulut kita. Padanya sahaja setelah Allah sediakan berbagai-bagai nikmat. Ia dihiasi dengan barisan gigi yang indah lagi masing-masing dengan fungsi yang tersendiri. Ada yang bertugas untuk mengunyah, mengerat, mengoyak dan mengisar apa yang kita makan. Begitu juga dikurniakan untuk dapat kita kecapi berbagai nikmat rasa yang lazat dan dibekalkan air liur yang tidak pernah kering untuk bertindak sebagai pelincir dan pelembut makanan. Segala-galanya sempurna.
Bila Allah beri rezeki makanan, mulut, akan berperanan melembutkan makanan. Belum sempat kita bersyukur diatas makanan itu, sudah dapat nikmat lazat. Bila makanan lazat sudah tentu rasa puas, belum sempat bersyukur,kita sudah rasa pula nikmat kenyang. Belum pun sempat kita bersyukur atas nikmat kenyang, sudah diberi minuman untuk hilangkan rasa haus dahaga. Seterusnya belum sempat mensykuri nikmat dihilangkan haus telah didatangkan nikmat segar, bertenaga dan berbadan sihat..
Begitulah seterusnya. Kita asyik sahaja belum sempat-sempat bersyukur, tetapi Allas sentiasa meneruskan kurniaan-Nya. Pernahkah kita merasa terkejut dengan kedatangan nikmat Allah yang tidak putus-putus?
“ jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya.” – An Nahl: 18
namun,malangnya...
“ Sedikit sekali antara hamba-hamba-ku yang bersyukur.” - saba’: 34

sekadar peringatan buat saya dan kamuu <3


Wednesday 4 April 2012

~ =)



“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. ” (Hadis riwayat Abu Daud).

Actually this wallpost ade special sikit cause saye tujukan untuk kawan saye,Afifah Haziqah ..
<3
Dear fifah,
May Allah bless you with His Kindness. In the best of imaan and in the pink of health.
No words to describe my feelings of love for this bond of ukhwah. I appreciate our ukhwah and I pray that Allah will always protect us from any harm. I pray that may Allah grant us Jannah because of this sincerity.Even we’re far away in this world, but deep down in heart, we’re so close, insyaAllah.Last but not least, may Allah lead us to the right path. May we become solehah muslimah keyh,fifah.

                                          "thanks kamuu for keep remind me" ~      
                                          
Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
" If two hearts are meant to be friends,no matter how long it takes,how far they go,how tough it seems,fate will bring them together to share friendship forever.."

Sunday 1 April 2012

Lain Dari Yang Lain ~ (Y)

Lain dari lain??hurm..ape pendapat awak semua tentang menjadi seseorang yang lain dari laen??rase2nye..kalau kite try tulis dkt status facebook tentang nak menjadi laen dari laen ,mst ade yg komen “kurang kasih sayang la tuh nk jd len dri org len”,or ade yg ckp “nk perhatian kut org tuh!”..huhu.cpt btul manusia nih buat conclusion kn. hmm..ape yg sye mksud kn lain dari lain adalah menjadi seorang... remaja / pemuda yang patuh pada Allah dan Rasulnya sepenuh hati,berusaha mengikuti syariat agama,dan mempertahankan hawa nafsunye yg kian memuncak di usia remaja …yang bukan sekadar lain dari lain sebenarnya tapi istimewa..Istimewa>>??Ye..mmg istimewa =) Remaja ini siap disebut2 di dalam hadis.. takkan kite nak lepaskn peluang ini!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” 


Sahabatku ,remaja ini LAIN DARI LAIN., dalam remaja lain sedang sibuk mengikut pakaian trend mase kini,dia tidak..Dia pula memilih untuk menjadi yang sederhana , menutup aurat dan mempersembahkan yang terbaik untuk PenciptaNya.. kalau remaja lain solat sekadar mengikut syarat,dia juga solat…tapi dia LAIN..bila remaja ini solat,dia cuba,cuba dan cuba untuk mnjdi khusyuk, menghayati solatnya,menjaga adab dan menikmati solatnya..Plus2..Solat sunat pula menjadi amalannya… Dalam remaja lain sibuk berchatting di facebook dan memaparkan gmbr2 mereka di facebook,dia juga mungkin berfacebook,tapi ingat, dia LAIN..dia menjadikan facebook sbg laman maklumatnya,sbg tempat mngukuhkan ukhuwah dgn sahabat sesame mahramnya dan sbg tempat dakwahnya…. Dalam remaja lain berusaha dan berusaha sehingga cuba pastikan dapat ape yg mereka nak!..dia juga berusaha keras,TAPI dia LAIN ,dalam mase yg same dia tetap berdoa dan berharap agar Allah uruskn urusannya dan tidak mmbiarkan dia mnguruskan urusannya sendiri.. Dalam remaja lain mmbuat ssuatu mngikut kepentingan diri,dia LAIN,dia pula mmbuat ssuatu berlandas dgn sunnah… Alquran mnjadi petunjuk..dan,dlm org laen sibuk memikirkan kemana tempat dia mahu hangout esok lusa.tapi dia??dia tidak..dia LAIN,dia pula sibuk mmikirkan bagaimana kalau Allah tarik rohnye pada esok hari… Subhanallah, inilah dia org yg mendapat naungan dari Allah..LAIN DARI LAIN.. kalau dkt atas tadi org ckp menjadi lain dari lain ini kurang kasih syg dan nakkan perhatian..ye.ye!mmg remaja yg lain dari lain ini damba kasih sayang penciptaNya dan menginginkan perhatian Al-Khalid.. wahai remaja ku,tidak teringinkah kita menjadi seseorang yg disayangi oleh Allah,yg Lain Dari Lain..yang Ganjil.. yang witir..


 Rasulullah pernah bersabda ,“Wahai Ahli Al-Quran,kerjakanlah solat witir,sebab Allah itu witir(Ganjil) dan Dia suka sekali kepada yang witir(Ganjil)”(riwayat Ahmad dan lain2)
Duhai pemudaku,Islam memerlukan kamu.. (>_<)

Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit…

Sunday 26 February 2012

The people of the Boxes



MashaAllah,a beautiful and cute nasheed about seeking knowledge in the worl around us dat Allah has created.....enjoy watching and never stop seeking knowledge!!!!!!!!(>_<)

Saturday 25 February 2012

Hati ini bukan hatiku lagi


Hati Ini Bukan Milikku Lagi…


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
... Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma’aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati ku lagi..Ya Allah, lindungilah jiwa ini, jangan biar kelalaian terhadap dunia menutup mata hati kami memandang akhirat yang abadi.
sikit-sikit lama -lama jadi bukit

Thursday 23 February 2012

Struggle => istiqamah

Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."( HR Muslim )


sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Monday 13 February 2012

Amal kita macamana ea??


Assalamualaikum..
apa khabar iman hari ini??hurm..saudaraku,iman ny dapat ditingkatkan berdasarkan amal.tp amal yang macamana ea??harini,saya ade baca serba sedikit tentang amal dari hadis 40 yang amat menari hati saya yang boleh kita kongsi bersama.kawan2,amal yang kita patut rebutkan adalah amal yang berdasarkan niat yang baik dan ikhlas...Ikhlas macamane?? Dalam keterangan Imam Nawawi,amal yang diterima Allah terbahagi kepada 3 :)
  • amal yang dikerjakan kerana takut pada Allah-amal ni dinamakan 'ibadat hamba'
  • amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.amal ni lak dinamakan 'ibadat saudagar'
  • amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak .amal ibadat yang merdeka..
rupenye,ny lah amalan yg dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w sewaktu jawab sungutan aisyah r.a yang kata kat nabi "Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak2 2 belah kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?'..tau tak ape rasulluah ckp pe..rasulullah dgn sweet nya cakap...
"Tidak patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
....Subhanallah..kita??kita??adakah kita dah tergolong dlm kalangan 3 amal nh??saya , awk, n kamu semua selalu cakap kita bersyukur pada Allah,tapi mane bukti nya kita bersyukur....???keterangan kat atas ny semestinya saya nukilkan buat peringat saya dan kamu..Kita check balik diri kita selama ny..kita ibadat,kita solat,puasa,adakah ikhlas atau sekadar mengikut2 atau bagi memenuhi syarat islam sahaja..??ha,surah alkahfi ayat 110, ada menyebut "Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah kerjakan amal soleh.Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat pada Tuhannya"
Insyallah,jangan lengahkan masa,jom lakukan transformasi..


sikit-sikit lame jd bukit..

Sunday 12 February 2012

Hidup,hidup..banyak cabaran..

masa bukak facebook kejap tadi,tiba2,chatbox berkelip2,
haaa..noor!!noor nih roomate saya masa kat Mrsm dulu,ceywa dulu??(macam da lame plak tinggal kn mrsm)..hurm,bukan nak citer pasal noor,tapi ada sumting yang menyentuh perasaan saya tentang perbualan kami..kami berdua nih memang suka berkongsi masalah , suka dan duka..(subhanallah ,manisnya ukuwah!)
.Noor terhimpit dengan sesuatu masalah sejak dulu hingga kini..dan ape yang sweetnya, bila saya tanya noor tentang masalah dia,dia cakap "Iqa,noor tak nak nangis dah. From those problem,i realise,that Allah knows every single things.no need to worry dah kan,Dia ada..di sebalik dugaan ni,Noor sedar Allah nak buka mata Noor.Syukur sangat iqa!"..-alhamdulillah.semoga dia terus sabar menempuh dugaan.insyallah.


"wahai mereka yg beriman,mintalah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan solat.Allah bersama dgn orang yg sabar."-surah albaqarah,ayat153

plus2...
semakin lame kita hidup,semakin banyak kita belajar..haha.dah matang dah kite!..tapi,remember,remember,n remember,hdup ny hanya la pinjaman semata-mata kan..bila2 Allah boleh tarik balik.dan dlm kite berjalan menempuh kehidupan macam2 kita lalui..hurm,kadang2 ade antara kite takde matlamt yang sebenar dlm hidup sampai melulu membuat keputusan ,nak bahagia?tapi untuk sementra?tepuk dada tanya iman?..saudaraku, Allah selalu uji umatnya dengan macam2 dugaan sebab nak tengok sejauh mana kekuatan umatnya...ade yg tumpas sampai terlalu jauh dari jalan yg benar...tapi Allah sentiasa di sisi umatNya,membantu dengan memberi sedikit demi sedikit hidayah...hurm..ingat ea,kite semua nk keredhaanNya..:P
Demi cinta Allah,kuatkanlah hatiku untuk bertahan,berikanku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu..Hulurkan pertolonganMu di saat aku hampir tewas,sinarkan Nur HidayahMu untuk aku terus di jalanMu..Ya Allah aku pohon keampunanMu..

mengemis kasih illahi:)


Friday 10 February 2012

Durrah..

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..." (Surah an-Nur, ayat 31)
astarghfirullahalazim..sudah lengkapkah aku?durrah??maksud durrah ,adalah mutiara..mutiara?ye,mutiara..sebab saya teringin nak jadi mutiara yang terpilih.Ya Allah,bantulah aku ya Allah.


"Hari ini aku adalah seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada Allah dihatiku,Aku akan memulakan langkah untuk menjadi pilihanNya.."Ayuh,lakukan transformasi..
(sikit-sikit,lama2jadi bukit)

Thursday 9 February 2012

Ku serahkan cintaku hanya pada Dia

Lagu nih amatlah bermakna buat saya,siyesly....Ya Allah suburkan lah cintaku hanya padaMu..


ku serah cinta-inteam
 Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
 Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan


Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

 
 Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Successzz

mungkinkah senyum itu penawar duka..tika ada yg tertawa tidak semestinya pemilik hati ceria..masing2 ada kisah duka..ada masa suka dan duka..itulah lumrah kehidupan.takkan lari dari diuji..tika nilah pastinya kita perlukan lebih pergantungan terhadap yg Maha Esa..Dialah pencipta hati..Mmm,kejayaan dan kegagalan jua sentiasa melingkari kehidupan manusia..wahai diri,hidup ni ibarat roda,kau takkan selalu senang dan takkan pula Allah membiarkan hambanya gagal sekiranya dia menjaga hak dia sebagai hambaNya.Sebagai mana firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, dan sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebaikan, supaya kamu mendapat kemenangan." (QS. 22:77)
Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Allah di atas, perubahan dan kemenangan yang hakiki tidak hanya dapat dicapai dengan iman, tunduk dan ibadah kepada Allah semata-mata tanpa direalisasikan dengan amal usaha yang nyata.Usaha itu penting..but natijah tu serah pada Allah
.Kemenangan atau perubahan hanya akan datang selepas sulitnya perjalanan dan kerasnya rintangan dan tentangan.

Jadi!!!!!wahai diri yang bermalas-malasan..kaulah generasi harapan Islam :)

sYe kene,fighting!

Sunday 5 February 2012

my sweetheart!

tadaaa... :)
oops..tingtong!cweetheart saye ,ibu saye larh!hee.cakap pasal ibu, teringat kata2 ibu yang berulang-ulang kali disebut setiap kali call saye before Spm..
"Iqa,tidur awal ea.jangan biar perut kosong b4 masuk dewan,minum air zam-zam  tau,niat agar dapat jawab dgn baik..jaga kesihatan .mak maafkan anak mak.jawab elok2 ea,dah usaha dah kan,tawakallah pada Allah..insyallah anak mak boleh..mak sentiasa doakan iqa"


Subhanallah,ibu,ibu...sayang ibu!!hee.saya pasti semua ibu2 mesti nak yang terbaik untuk anak2 die kn...dats why Allah letak tempat ibu kita tinggi sangat.sebab tu lah.."Syurga di bawah telapak kaki ibu".Alhamdulillah and thank you Allah for my mother!


 Tiada yang lebih indah pada seorang ibu selain anak-anak yang soleh solehah,tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah

(sayang ibu!)



Thursday 2 February 2012

Buka buku baru:)

welcome miss,page 1..

  • Focus to Allah..niat segalanya kerana Allah...'sesungguhnya,Dari dia kita datang dan kepada dia kita kembali'
  • pastue,hayati ibadah! (urm,nk blaja erti hidup ea??knelah ade "penghayatan" dalam ibadah dan penting untuk kita mngenalpasti tujuan kita hidup di dunia..)
  • Quran jadikan pegangan
تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya"

(sikit-sikit,lama2 jd bukit..hee)

Monday 30 January 2012

Kembali pada Yang Esa..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu,namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,Ampunkanlah dosa-dosaku terima lah taubatku...
Sesungguhnya, engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Dengan rahmatMu ampunkan daku Oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut ,kami harap kepadaMu,
Suburkanlah cinta kami padaMu,
Akulah yang mengharap belas dariMu...

Zikir taubat ini menjadi penulisan pertama saya kerana isinya,memberi seribu satu makna kepada diri saya..sedarlah yang manusia adalah insan yang naif,lemah dan mudah rapuh..siapalah kita sgt sbnarnya??kepada Dia lah kita kembali dan kepada Dia lah kita memohon keampunan..masih belum terlambat kawan-kawan..pintu taubat terbuka luas,jangan kita sia2kan hidayah Allah.Dunia adalah pinjaman semata-mata.Jangan biarkan kita terus tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi..Sesungguhnya, Allah Maha pengampun dan Maha pengasih.Memetik kata-kata dari ukhti nurul"kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu,tetapi kita bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru."

firman Allah dalam surah Al-kahfi,ayat 103 dan 104,
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'.

sekadar peringatan buat saya dan awak sume ye :)