Monday 30 January 2012

Kembali pada Yang Esa..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu,namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,Ampunkanlah dosa-dosaku terima lah taubatku...
Sesungguhnya, engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Dengan rahmatMu ampunkan daku Oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut ,kami harap kepadaMu,
Suburkanlah cinta kami padaMu,
Akulah yang mengharap belas dariMu...

Zikir taubat ini menjadi penulisan pertama saya kerana isinya,memberi seribu satu makna kepada diri saya..sedarlah yang manusia adalah insan yang naif,lemah dan mudah rapuh..siapalah kita sgt sbnarnya??kepada Dia lah kita kembali dan kepada Dia lah kita memohon keampunan..masih belum terlambat kawan-kawan..pintu taubat terbuka luas,jangan kita sia2kan hidayah Allah.Dunia adalah pinjaman semata-mata.Jangan biarkan kita terus tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi..Sesungguhnya, Allah Maha pengampun dan Maha pengasih.Memetik kata-kata dari ukhti nurul"kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu,tetapi kita bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru."

firman Allah dalam surah Al-kahfi,ayat 103 dan 104,
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'.

sekadar peringatan buat saya dan awak sume ye :)

No comments:

Post a Comment