Sunday 1 April 2012

Lain Dari Yang Lain ~ (Y)

Lain dari lain??hurm..ape pendapat awak semua tentang menjadi seseorang yang lain dari laen??rase2nye..kalau kite try tulis dkt status facebook tentang nak menjadi laen dari laen ,mst ade yg komen “kurang kasih sayang la tuh nk jd len dri org len”,or ade yg ckp “nk perhatian kut org tuh!”..huhu.cpt btul manusia nih buat conclusion kn. hmm..ape yg sye mksud kn lain dari lain adalah menjadi seorang... remaja / pemuda yang patuh pada Allah dan Rasulnya sepenuh hati,berusaha mengikuti syariat agama,dan mempertahankan hawa nafsunye yg kian memuncak di usia remaja …yang bukan sekadar lain dari lain sebenarnya tapi istimewa..Istimewa>>??Ye..mmg istimewa =) Remaja ini siap disebut2 di dalam hadis.. takkan kite nak lepaskn peluang ini!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” 


Sahabatku ,remaja ini LAIN DARI LAIN., dalam remaja lain sedang sibuk mengikut pakaian trend mase kini,dia tidak..Dia pula memilih untuk menjadi yang sederhana , menutup aurat dan mempersembahkan yang terbaik untuk PenciptaNya.. kalau remaja lain solat sekadar mengikut syarat,dia juga solat…tapi dia LAIN..bila remaja ini solat,dia cuba,cuba dan cuba untuk mnjdi khusyuk, menghayati solatnya,menjaga adab dan menikmati solatnya..Plus2..Solat sunat pula menjadi amalannya… Dalam remaja lain sibuk berchatting di facebook dan memaparkan gmbr2 mereka di facebook,dia juga mungkin berfacebook,tapi ingat, dia LAIN..dia menjadikan facebook sbg laman maklumatnya,sbg tempat mngukuhkan ukhuwah dgn sahabat sesame mahramnya dan sbg tempat dakwahnya…. Dalam remaja lain berusaha dan berusaha sehingga cuba pastikan dapat ape yg mereka nak!..dia juga berusaha keras,TAPI dia LAIN ,dalam mase yg same dia tetap berdoa dan berharap agar Allah uruskn urusannya dan tidak mmbiarkan dia mnguruskan urusannya sendiri.. Dalam remaja lain mmbuat ssuatu mngikut kepentingan diri,dia LAIN,dia pula mmbuat ssuatu berlandas dgn sunnah… Alquran mnjadi petunjuk..dan,dlm org laen sibuk memikirkan kemana tempat dia mahu hangout esok lusa.tapi dia??dia tidak..dia LAIN,dia pula sibuk mmikirkan bagaimana kalau Allah tarik rohnye pada esok hari… Subhanallah, inilah dia org yg mendapat naungan dari Allah..LAIN DARI LAIN.. kalau dkt atas tadi org ckp menjadi lain dari lain ini kurang kasih syg dan nakkan perhatian..ye.ye!mmg remaja yg lain dari lain ini damba kasih sayang penciptaNya dan menginginkan perhatian Al-Khalid.. wahai remaja ku,tidak teringinkah kita menjadi seseorang yg disayangi oleh Allah,yg Lain Dari Lain..yang Ganjil.. yang witir..


 Rasulullah pernah bersabda ,“Wahai Ahli Al-Quran,kerjakanlah solat witir,sebab Allah itu witir(Ganjil) dan Dia suka sekali kepada yang witir(Ganjil)”(riwayat Ahmad dan lain2)
Duhai pemudaku,Islam memerlukan kamu.. (>_<)

Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit…

2 comments:

  1. salam adik yang dikasihi fillah.

    jazakillah khayr for the reminder.

    keep reminding. may allah bless.

    doakan achik selalu. take care.

    ReplyDelete
  2. hee. may Allah bless you too achik!insyallah,fiqa doakan achik selalu =)take care too ~yang merindui kakakku...

    ReplyDelete