Monday 6 May 2013

Kekasih yang dirindui

Sebentar tadi khusyuk saya membaca tentang  Amirul Jihad kita ,Rasulullah s.a.w.Jadi,Ingin saya kongsikan sedikit cerita tentang keperibadian suci rasulullah ketika nafas akhirnya,. yang benar-benar menyentuh hati insan lemah ini...
Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua dan berselimutkan kain kasar,ketika itu lah baginda menyebut, "rafiqil a'la,rafiqil a'la - teman daerah tinggi (Allah!!),teman daerah tinggi!"

Dalam kamus kehidupan para muqarabin,tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta.Ya , begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah ~cinta hakiki dan sejatinya.itulah teman daerah tinggi yang sangat dirinduinya.Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya 2x ganda berbanding yang dialami manusia biasa.Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat , masih sempat baginda berpesan tentang solat .Untuk siapa??Siapa lagi kalau bukan untuk kita..Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba.Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa!!

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa,Rasulullah s.a.w tetap bahagia..Bahagia inilah yang digambarkan pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya :
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami Rasulullah s.a.w .Saya cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini.Mudah-mudahan kita dapat hayati..
~ Ana abdullahi walan yudhi'ani~
'Aku hamba Allah,Dia tidak akan mengecewakanku!'

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(katakanlah (muhammad) "jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengmpuni dosa-dosamu. "Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang.) - (surah Ali-Imran:31)
 


No comments:

Post a Comment